Friday, August 29, 2008

Cerita Setia

Berikut adalah posting yang telah ditulis oleh aku di dalam forum Mk Portal.

Wah, rajin betul Bro Swinger69ers kita ni membuka thread yang mengupas topik- topik yang sering bermain di hati tatkala kita mengharungi perjalanan 365 hari mencari cinta. Dari perasaan cemburu ke citarasa yang bisa merentap jiwa dan kini tiba pula pada pegangang kesetiaan.

Apakah itu kesetiaan?

Dimanakah letaknya nilai kesetiaan?

Apakah konsep kesetiaan itu masih releven untuk digunapakai oleh pasangan yang bermadu kasih pada hari ini?

Untuk aku menjawab persoalan ini, biarlah aku menbuka sedikit ruang buat yang ingin tahu untuk menjenguk ke dalam nurani insan bergelar kuderia dengan secebis kenangan yang tak mungkin dilupakan.

Ketika itu segalanya sungguh indah sekali. Aku ditemukan dengan Dia. Aku dipasangkan dengan Dia. Dan seterusnya, aku disatukan dengan Dia menerusi janji sumpah setia, akad pasangan kekasih.

Katanya, akulah teman, akulah kekasih, akulah soulmate.

Tambahnya lagi, "you complete me". Aku cair mendengar kata-katanya. Tanpa aku tahu ayat itu dicurinya dari filem Jerry Meguire (padanlah ayat ni power giler).

Dengan aku di sisi, sudah cukup buat Dia jadikan bekalan sehingga hembusan nafas yang terakhir.

Namun begitu katanya, "Jika takdir memisahkan, touch wood (sambil kayu katil diketuk), hanya jasad kita yang tidak bersatu tapi jiwa dan perasaan ini 'kan kekal abadi selamanya..."

Kata-katanya telah ku pegang menjadi azimat mengharungi ombak dan badai percintaan.

Padanya telah aku serahkan segalanya.

Demi kesetiaan aku tepis cewek yang galak mendatang. Aku singgirkan teman yang sekian lama dan baru aku pegang. Hanya kerana tidak mahu melukakan hatinya dengan pisau cemburu yang dipegang erat di dalam genggamannya. Pisau yang dihunus rapat ke hatinya sendiri.

Aku rasakan amat besar pengorbanan aku itu demi dirinya.

Namun tidak aku kesal kerana aku tahu we are meant for each other.

We are soul mates.

Yang aku pinta hanyalah sekelumit pengorabanan yang sama dari dirinya.

Kata orang-orang tua malang tidak berbau.

Namun malang yang melanda diriku berbau kekejian dan pengkhianatan. Si Bangsat yang ku fikirkan kawan, rupanya lawan yang bertopengkan sahabat handai.

Kota janji kesetian yang aku bina tidak mampu melawan ladang tebu yang subur berekar di tepi bibir si Bangsat itu.

Akhirnya, Dia hampir tewas dek kemanisan tebu-tebu itu yang bisa mengakibatkan diabetes.

Pantang berundur sebelum tewas, aku giatkan kempen peperangan.

Bagaikan seorang salesman, aku menjaja pengorbanan aku selama ini kepada si Dia. Jika diri aku adalah produk di pasaran maka kesetian adalah USP (Unique Selling Proposition) diriku.

Apakah salah ku. Aku menghambakan diri demi untuk Dia. Aku jauhi segala godaan, aku singkirkan semua cubaan. Tidak pernah aku merapati wanita lain selain daripada dirinya, jauh sekali untuk berlaku curang.

Dia mengakui pengorbanan ku, namun tiada penjelasan yang nyata untuk perlakuannya. Cuma cintanya kini sudah berubah bagaikan pasir pantai yang dilanggar ombak tsunami.

Bagaikan sardin di dalam tin yang sudah expired, aku sudah tidak lagi Dia inginkan. Jika disimpan lama boleh membawa kemudaratan. Aku dibuang kedalam tong sampah.

Tinggallah aku di sana buat selama-lamanya. Di dasar tong sampah yang gelap, busuk dan hina. Bersama kota janjiku yang kini tiada harga, tiada makna.

No comments: