Monday, August 11, 2008

Hidup Segan, Mati Tak Mahu.

Begitulah yang boleh aku gambarkan bagaimana rupanya blog aku sebelum ni. Ternyata percubaan pertama aku itu gagal sama sekali. Dengan terlupanya aku akan password blog itu maka dengan rasminya blog aku itu mati tidak berkubur, apatah lagi untuk bernesan.

Namun, kecelekaan yang melanda tidak aku lihat sebagai satu 'setback', malah sebagai satu alasan kukuh untuk menyingkirkan yang gagal dan membina suatu yang baru.

Kini aku kembali, lebih kemas, lebih berpengalaman, lebih semangat, lebih ikhlas dan lebih jujur. Semoga percubaan pada kali ini lebih berjaya lagi...Sekurang-kurangnya lebih lama dari yang dulu.

No comments: