Tuesday, September 23, 2008

Kenapa aku tak puasa....Part 1

Jumaat lepas, sedang aku dan beberapa rakan lain menjamu juadah berbuka puasa di sebuah restoran, aku telah berikan satu soalan cepumas...

"Hey Wan, cakap betul-betul la, ko bila nak reti belajar puasa? Sampai bila ko nak jadi macam ni?" (Lebih kurang camtu le bunyiknye...)

Dengar jujur dan ikhlas aku menjawab...

"Eh...saya reti puasa la bang, dari umur 9 tahun sampai la 2-3 tahun lepas mesti puasa penuh. Cuma 2-3 tahun ni je... There's something in me...spiritual reasons..." (pun lebih kurang camtu gak le bunyinye).

"Ok, apa reasonnya...apa yang spiritual sangat..."

"Saya rasa something not right, entah...macam puasa ni beban...macam menyusahkan...banyak benda takleh buat...macam..."

Tiba-tiba nada yang lebih tegang, penerangan aku dipotong...

"Eh...wait...wait... apa ko cakap ni? Abang bukanlah padai sangat agama ni, tapi ko cuba cakap benda-benda yang takleh (benda haram, maksiat) buat tu kalo masa bulan lain boleh buat ke? So, ko cakap puasa tuh menyusahkan so...benda lain dalam rukun islam macam sembahyang tuh menyusahkan? Eh...ko ni dah sesat ni, murtad ni!"

Suasana bertukar menjadi diam. Ackward silence. Semua yang lain hanya diam menikmati makanan masing-masing.

Perbincangan tadi mati secara tergantung di meja makan restoran itu...

Aku dapat rasakan pahit dan kelat dihujung lidah kerana kenyataan ku itu. Bukan kerana aku telah ditembak hidup-hidup dengan kejam sekali, cuma kerana kebodohan aku di dalam mempersembahkan hujah aku.

Aku dapat rasakan semua yang di situ, mula memandang aku dengan mata dan hati yang berlainan dari sebelumnya.

Apa yang aku mampu hanyalah untuk menebalkan muka sambil melemparkan senyuman plastik.

Tanpa aku sedari mereka mula memakai jubah dan wig kehakiman masing-masing dan perbicaraan aku telah pun bermula...

Selepas menikmati hari-hari hujung minggu yang menggembirakan, seperti biasa aku hadir ke ofis.

Hari ku bermula seperti biasa, tiada sebarang kelainan yang dirasakan. Sehinggalah aku dipanggil ke satu meeting kecil.

Mulanya aku ingatkan bahawa meeting ada berkaitan dengan kerja, tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Rupanya cerita hari tu, tak habis lagi...

Jika ada masih ingin berbincang mengenainya, aku terima dengan tangan terbuka. Pada aku ini ialah peluang kedua aku untuk menerangkan dengan lebih jelas apa yang aku maksudkan tempoh hari. Lagi pun hasil daripada perbincangan ini pasti ada yang boleh dipelajari. Jika tidak banyak sedikit pun cukuplah. Aku anggapnya seperti sebuah majlis ilmu.

Tak ramai ahli majlis ini, cuma aku dan tiga lagi rakan dari tempoh hari.

Masing membentang hujah mereka. Melahirkan rasa terkejut dan kecewanya mereka pada pandangan aku. Aku mendengar dan terima pandangan mereka dengan tenang, kerana pada aku kalau kita nak orang dengar cakap kita, kita perlu mendengar dan terima cakap mereka dulu.

Setelah mereka semua selesai, aku cuba menjernihkan kekeruhan dek kerana kesilapan kata-kata aku. Dengan tenang aku mula menyusunkan kata-kata agar sejajar dengan apa yang terdapat di dalam kotak pemikiran dan hati aku. Aku cuba membentangkan semula point-point aku. Aku cuba jelaskan gambaran besar pandangan aku pada mereka.

Namun, jelas aku kurang bersedia. Sekali lagi kata-kata yang terkeluar, kedengaran sumbang pada telinga aku dan semua yang hadir di situ. Aku terus mencuba, kerana aku rasakan keadaannya masih belum panas.

Dan sekali lagi aku dibedil bertalu-talu. Otakku yang berkarat ni, terpaksa berkerja keras menepis serangan demi serangan. Aku cuba menjelaskan gambaran besar pandangan aku. Namun, baris ayat yang menjadi sebahagian kecil daripada point aku dahulu, di besar-besarkan, dijadikan alat utama untuk memerangkap dan menjatuhkan aku.

Aku rasakan diri ini bagaikan artis atau ahli politik yang terpaksa mempertahankan dirinya kerana kata-katanya telah dikeluarkan dari konteks, diputar-belit dan diperbesarkan-besarkan oleh wartawan.

Aku tersepit....

Aku akui aku memang tidak pandai berdebat. Malah untuk membuat lawak spontan pun aku aku pasti akan gagal dengan teruk acapkali mencuba. Dulu kalau gaduh dengan girlfriend pun aku pasti akan memberikan diri masa yang lama untuk mengatur dan mengurus hujah-hujah pembelaan atau tuduhan. Otakku tidak cukup pantas untuk menyusun maklumat penting dan bernas apatah lagi jika tiada ketenangan dan di tindih dengan tekanan dan intimidation. Pasti saja kata-kata yang kurang meyakinkan akan terlontar dari mulutku ini.

Nilah sebabnya aku menjadi seorang penulis, bukan seorang ahli politik, jurujual atau pakar motivasi. Aku perlukan ruang untuk mengolah buah fikiran yang terbuku di dalam hard disk karat ku.

Bersambung...

No comments: