Jika ayat itulah yang menjadi asas kepada kemarahan mu maka, Iya, hampir benarlah kepada apa yang aku katakan.
Namun, jika aku tidak tersilap, aku juga ada meyelitkan perkataan 'macam' ke dalam baris ayat tersebut.
"....saya rasa puasa macam menyusahkan..."
Dan, dengan selitan itu juga aku tidak bermaksud secara langsung bahawa amalan puasa itu perkara yang menyusahkan secara negatif.
note: Pada pemahaman aku dari segi bahasa, penggunaan perkataan 'macam' secara kolokialnya, di dalam percakapan harian kita selalunya adalah untuk menggambarkan sesuatu persamaan yang hampir namun tidak selalunya tepat.
contoh: Rasa daging ular macam ayam. Maksud: Rasa daging ular hampir menyerupai daging ayam namun ia bukan daging ayam tetapi daging ular.
begitulah juga apa yang aku maksudkan.
Kata orang-orang tua, 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa'. Namun aku rasa adalah tidak adil jika lajaknya kata-kata ku itu dikeluarkan dari konteks sebenar dan dijadikan senjata semata-mata untuk memuaskan nafsu amarah.
Benar aku bersalah. Tetapi di dalam konteks perbualan tempoh hari, kesalahan ku hanyalah tersilap memilih sudut penerangan mengenai gambaran sebenar pandanganku dan mempersembahkannya dengan buruk sekali (bad choice of words).
Jawapan yang lebih mudah dan jelas yang sepatutnya yang aku berikan adalah seperti berikut:
"Kenapa tak puasa?"
"Kerana aku tiada niat untuk berbuat demikian. Apa gunanya puasa jika kita tiada rasa untuk melakukannya in the first place. Sedangkan rukun pertama puasa itu adalah niat."
“Dan barangsiapa yang mengerjakan suatu kebaikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri kebaikan lagi Maha Mengetahui.” (Quran, Surah Al-Baqarah 158).
Dan jika ditanya lagi, "Kenapa boleh takde niat pulak? Kenapa kau boleh rasa tak nak berpuasa pula?"
"Kerana aku rasa susah dan aku tidak mahu rasakan kesusahan itu. Aku tidak mahu rasa kesusahan itu menjadi perasaan yang menyusahkan."
"Apa yang susahnya puasa tu? Kau kata kau dulu puasa?"
"Susah yang aku maksudkan di sini adalah perbuatan menahan diri dari makan dan minum serta beberapa perbuatan lain (mongorek rongga terbuka, mengumpat, marah...you know the rest) di siang hari dan pada masa yang sama meneruskan kegiatan-kegiatan harian seperti biasa."
Dan jika soalan sebegini timbul, "Oh, puasa susah, kalau macam tuh puasa tu menyusahkan kau la? Sembahyang tuh menyusahkan la? Mana boleh ko cakap macam tu, Islam tu kan mudah!"
"Jika kita letakkannya di dalam konteks perbandingan yang logik dan rasional saya akan berkata, ya."
Perbandingan logik mudah:
1) Berkerja keras di siang dan bila rasa penat kita makan dan minum.
2) Berkerja keras di siang hari tetapi bila rasa penat kita tak boleh makan dan minum.
Mana satu lebih mudah dan mana satu yang lebih menyusahkan?
Tepuk dada tanya selera yang logik.
Apa yang dimaksudkan susah adalah amalan itu. Islam itu susah. Kalau senang kenapa semua orang tak masuk je Islam?
Susah kerana setiap amalan itu ada peraturan atau rukun. Mana boleh main belasah je. Sembahyang pun ada 13 rukun yang dimulakan dengan niat dan diakhiri dengan tertib. Nak sembahyang cara senang bakar colok jelah. itukan lagi senang. Tak menyusahkan nak kena ambik air sembahyang, nak kena cari kiblat dan nak kena tunggu masuk waktu serta melakukannya 5 waktu sehari semalam. Tapi itu bukan cara sembahyang yang dituntut dalam islam.
Namun, kesusahan itu adalah perlu dan telah sengaja ditetapkan oleh Allah kerana dari amalan yang menyusahkan itulah timbullah pengajaran dan maksud tersirat yang ingin disampaikan. Pengisian sebenar sesuatu amalan itu. The substance of it all. Dan daripada pengisian inilah kita akan mendapat keberkatan untuk dunia dan akhirat.
So, kalau aku puasa sekalipun tapi aku tidak mahu kesusahan ini dengan melakukan perkara yang mengelak kesusahan ini seperti tidur sepanjang hari, aku akan end up hanya berlapar dan berhaus tetapi mendapat pengisian penuh berkat amalan itu. Samalah juga kalau aku berpuasa tapi tak jaga mata, mulut dan telinga.
Ia macam makan buah yang kita buang isinya dan hanya ambil kulitnya sahaja.
Jadi marilah kita tanya diri sendiri, adakah kita nak makan isi buah tu atau kulitnya? Which the first? Putting the cart first or the horse first? Which is substance and which is form? And which must we put over?
Dan, Islam itu sememangnya mudah tetapi bukan untuk diambil mudah.
Kalau setakat tonggeng terbalik sembahyang 5 waktu tetapi tidak menghayati pengisian disebalik amalan itu iaitu (bluntly) untuk merasa rendah diri kerana Allah Maha Besar dan tuhan sekalian alam, hanya kepadanya kita meminta dan hanya kepada dia kita berserah. Ini adalah sebagian daripada pengisian (pengajaran) sembahyang, ada banyak lagi, cuma terpulang kepada kita untuk mengambilnya atau tidak dan jadikannya sebagai pedoman.
Kalau kita buat hanya semata-mata kerana buat, tetapi tidak mengambil apa yang terkandung di dalam amalan itu maka itu bukan menunjukkan yang islam itu mudah tetapi mengambil mudah Islam.
"Dan dirikanlah sembahyang, kerana sesungguhnya sembahyang (dapat) melarang dari segala kejahatan dan kemungkaran" Quran, Surah Al-Ankabut : 45
Ia memudahkan apa yang menyusahkan.
Contohnya, jika kita hendak sembahyang tetapi takde air untuk berwuduk, kita boleh gunakan debu dan bertayamum.
Kalau kita di dalam perjalanan jauh, kita dikira sebagai bermusafir. Di dalam perjalanan kita mungkin menemui kesukaran untuk melakukan solat. Islam telah memudahkan amalan itu dengan membolehkan umatnya melakukan solat jama' dan qada'.
Begitulah sedikit sebanyak pendapat aku yang sebenar yang ingin aku sampaikan.
Islam itu adalah umpama sehelai pakaian. Pakai yang putih dan bersih serta telah dijanjikan keberkatannya. Dan, iman itu adalah umpama orang yang memakai pakaian itu.
Bagaimana hendak menjamin pakaian itu terus kekal putih dan bersih terpulanglah kepada si pemakai itu menjaganya.
Aku melihat diri aku ini sebagai seorang pelajar yang tidak akan tamat pembelajarannya. Senantiasa mencari jawapan dan ilmu di universiti yang kita panggil sebagai kehidupan. Bergurukan keluarga, teman-teman, sahabat handai, dan seluruh umat manusia, aku berharap untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu sebanyak yang mungkin.
Insyaallah, aku amat berharap agar suatu hari nanti aku akan dimasukkan di dalam golongan orang-orang yang beriman.
“Dan berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpisah-pisah. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, merekalah orang-orang yang berjaya” Quran, Surah Ali Imran : 103 - 104
2 comments:
Gilalah orang opis kau. Menakutkan. Tapi yela, it should start somewhere, slow2lah, betul niat tu penting. Tapi bila dah berniat seelok2nya buatla. Tapi tak payahla nak judgemental sangat.
Marah2 macamtula yang buat orang patah semnagat, sebab tula adanya orang2 macam taliban and terrorist, memangla nak pulihkan orang tapi guna kata-kata macam tu?
Macam bedmate aku selalu cakap, dia benci pergi ceramah agama for new converts yang asyik bercerita pasal kekejaman yahudi, kristian dan benda-benda macam nilah. It's like, bukankah kalau nak menegur mengajar, seharusnya gunakan cara yang terbaik dan boleh menarik minat?
Kan tak pepasal aku dah preaching haha
saudaraku Ikhwan.. kenapa larrrr ko tak puasa! Kenapa?? Kenapa?? Kenapa???? tak ajak aku sekali?? ekeke...
Bro, Selamat hari raya Deepavali..
Peace..
Post a Comment